26 Jul 2011

Biar Ada Baki.

Aku : Ma, angah cakap dia nak beli dslr. Best la. Along pun terfikir gak nak beli. Tapi buat permulaan ni
            along ingat nak beli kamera biasa dulu lah.

Mama : Kamera kat rumah ni kan dah ada ?

Aku : Alaaa, tu kamera family. Kalau along bawak g UIA kang orang kat rumah ni nak guna kamera mana ?

Mama : Cuba biar ada baki sikit duit tu. Kalau duit ada RM 1.00, biar ada baki RM 0.50 ke.. Ni tak, duit  
            dah licin, sengeh je. Jalan bawak handbag Bonia, dalam tu duit takde pun.

Aku : Aaarghh mama nih ! (sengeh sambil cubit mama)

Biar papa asal bergaya ke ? haha~
Bukan. Masalahnya aku tak reti nak bajet duit.
Aku tahu kerja aku ni menghabiskan duit mama abah aku je.
Aku sedar. Bukan tak sedar. Sebab tu dalam masa 2 bulan ni aku try kerja, cari duit sendiri.
Baru aku tahu betapa susahnya ibu dan ayah kita memerah keringat, bertungkus lumus mencari rezeki yg halal. Aku sedar. Insaf.

Tapi, nak bajet duit mcm mana ye ?
Kita tunggu dan lihat jela.
Mampu ke tak aku menjadikan 'BIAR ADA BAKI' tu menjadi realiti.
huhu~


Duit, ohh duit... Kalau ko tak habis dan sentiasa bertambah. Kan best ? Memang  mak aku xpayah pesan  "BIAR ADA BAKI" lah.




24 Jul 2011

Lakonan

Aku mengenali dunia seni lakonan ini semasa aku berada di tingkatan 4 pada tahun 2006. Bakat aku dicungkil (berbakat ke? :p) oleh seorang guru, yang berkehendakkan aku menggantikan seorang pelajar yang telah berpindah sekolah. Sekali watak utama pulak tu ! Dan ini bukan sekadar persembahan, tetapi untuk mewakili sekolah kami dalam 'English Drama Competition State Level'. Watak sebagai seorang puteri jelita (jelita kah aku? haha), sombong, bongkak yang mana sifat-sifat buruk ni semua memakan dirinya sendiri. Aku cuba. Mula-mula gementar, takut orang akan compare aku dengan pelakon yg sebelum ni. Tapi alhamdulillah, krew-krew semua very supportive. Dan di sini lah bermulanya minat aku dalam bidang lakonan. Selepas itu aku dah mula berani join pertandingan/persembahan drama yang diadakan di sekolah tak kira lah dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.


Aku sebagai Princess (xingat nama) bersama dayang-dayang

Selepas tamat persekolahan, aku menjejakkan kaki ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Nilai. Di sini, minat aku dalam bidang lakonan terus berkembang. Nak dijadikan cerita, satu hari aku ternampak poster di mana di situ dinyatakan bahawa GETAR (Grup Penggiat Sastera) akan mengadakan ujibakat pencarian pelakon untuk pementasan sempena 'Malam Getaran Merdeka 2008'. Peluang yang ada aku tak sia-sia kan. Aku pergi ke ujibakat tersebut. Dan di situ aku diuji untuk melakonkan watak seorang isteri yang melihat kematian suami di depan mata akibat dilanggar kereta. Mencabar dowh ! Nak kene menangis meraung. huhu~ Actually task ni dh part saringan dah.. untuk pilih watak utama (watak baik dan selalu kene sedih2). Mungkin disebabkan muka aku yg garang + ketat ni tak boleh lawan muka innocent my competitor (Najad), dan tak mampu nak menyaingi kesedihan yang Najad tunjukkan, maka aku terpaksa redha dengan watak sebagai second heroin (watak antagonist). 

Teater 'Tapi Bukan Aku'. Baju pink ang2 tu aku la. Cekak pinggang siap. 
Scene ni menunjukkan aku as Maya dengan suamiku, Iskandar tengah torture isteri pertama Iskandar, si Murni. Jadi bini no 2 oii ! Mintak simpang laaa... Perkahwinan Murni & Iskandar diatur oleh keluarga dan ini telah menyebabkan cinta Maya & Iskandar terhalang.

Teater kedua yang aku join di Pusat Asasi UIA.

Aku hanya dapat watak sampingan sahaja dalam teater 'University of Rock' ni. Aku hanya jadi pengacara pertandingan nasyid yang diadakan dalam cerita tersebut. 


Sem 3 (sem terakhir aku di matrik), aku amik subjek 'Introduction to Drama' dan subjek ini memerlukan aku buat short drama. Lakonan dalam lebih kurang 20 minit je. Drama ni based on our textbook, tajuk dia 'The Sandbox'. Aku dipilih oleh rakan-rakan sekelas untuk menjadi watak utama, iaitu seorang wanita yang kejam, tak behati perut  kerana sanggup membuang ibu kandung sendiri. 
"Hai, watak antagonist lagi ?" (dalam hati aku). huhu~

Me as mummy

Dua org pensyarah kami tengah menilai
Habis kisah di Pusat Asasi UIAM, aku meneruskan langkah aku sebagai seorang pelajar ke Kampus Utama di Gombak. Di sini, aku terus bergiat aktif dalam dunia seni pementasan.

Antaranya: 


Teater pertama aku di Kampus Utama

Bawang Merah & Bawang Putih
Sekali lagi, dapat watak antagonist ! huhu~ 

Hikayat Kencana : Gabungan tiga lagenda; Bawang Merah Bawang Putih , Si Tenggang & Hikayat Mahsuri


Redza Minhat (pelakon movie Pisau Cukur) bersama penggiat teater yg lain datang  memberi nasihat dan kritikan membina.



Ha, ni apesal sampai dengan saree pulak ?! haha~ Ni aku dapat watak seorang wanita India yang dipaksa menjadi penderma organ. Selain itu, apa yg menarik lagi dengan watak ni ialah aku turut menjadi watak penggoda di mana ada secene aku bermesra dengan kekasihku, iaitu adik ipar aku sendiri. Teruk giler kan? haha~ Pementasan ini juga wajib bagi menyumbang carry mark untuk subjek 'Literary Genre II: Drama & Short Story'. Yg bestnya, aku dapat peluang belajar camne nak ikat saree. Ingat senang ? Aku belajar sendiri dengan orang India kt kedai aku beli saree ni. hehe~

Krew Harvest.
P/s: Tengok sape mendiang bapak kitorang. haha~

Persembahan sempena CONVEST 2010 (Majlis Konvokesyen UIA). English sketch entitled Come Whatever.

Jadi bidan terjun untuk musical theater American Literature group Kak Dyra. Yg berjanggut tu suami aku.

So far, ini lah penglibatan aku sepanjang tahun 2006-2011. 1 sem dah aku berehat dari pementasan teater. Sem lepas aku tolak tawaran untuk berlakon sebab niat nak berehat buat seketika. Aku hanya terlibat di belakang tabir. Sekarang dah terasa kerinduan nak beraksi semula di atas pentas. 

Insya Allah, dengan sedikit kelebihan / bakat yg aku ada ni, aku akan cuba gunakan ke jalan yang betul.
Aku sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri, minat dan penglibatan aku dalam bidang ini perlu selari dengan syariah dan tidak terbabas dari landasan yg telah ditetapkan oleh Allah. 

23 Jul 2011

Solat Tiang Agama


"Wahai Tuhanku. Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

"O my Lord. Make me one who establishes regular prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord., and accept Thou my prayer.


Solat itu tiang agama.

Kaokanda.Akudinda

Tuhan, Kau pertemukan aku dengan dia. Yg sehingga kini aku anggap dan terus berharap dia akan jadi penawar lukaku, penghapus air mataku, pelindungku. Untuk kamu; saya seorang gadis. Sempurna jauh berbeza. Hidupnya saya hari ini kerana kudrat yang masih tersisa. Fahamilah, diri ini. Jangan hanya lihat luaran. Kini, setiap inci hidup. Setiap nafas. Cubaan untuk memberi dan belajar. Pemahaman dan tafsiran sebenar cinta, sayang, rindu dan penyatuan dua hati. Ya, dengan kamu. Kerana kamu adalah anugerah. Ketahuilah. Kamu adalah yang terindah dalam hidup ini.

Aku ingin menjadi yg halal bagimu. Bi-iznillah, dengan restu dariNya. Tuhan, aku pohon. Hanya Kau yang bisa jadikan yang tak mungkin menjadi mungkin.

Cerita ini. Cerita kita. Hanya kita.

Kaokanda.Akudinda


Eza's Madness


Ha, ni kegilaan baru. These little devils make me crazy ! Aku selalu memburu 'si kecik comel' ni kt Harrods . Dulu masa mula-mula beli RM 18 untuk 6 biji. (Boleh pilih apa-apa flavor pun). Sekarang harga dah naik, RM 23 untuk 6 biji. Tambah RM 5 oii ! Kalau makan Nasi Ayam Penyet Aminah, kenyang membuntal dah !


Yg ni macarons from Jaja Bakery. Aku terjumpa 'si kecik comel' ni kt KL Bazaar di Solaris Mount Kiara. Adek (Encik Kanda's younger sister) yg suggest try kt Jaja Bakery ni since harga dia pun murah dari Harrods. Tengok, aku beli sikit punya banyak. Tapi bukan aku habiskan sorang. Share dgn Encik Kanda , adek dan kawan adek sama. Jaja Bakery's macarons ni LEBIH BESAR, LEBIH MURAH & LEBIH MANIS ye daripada Harrods. Mana yg lagi best ? Tepuk dada, tanya selera :)

p/s : Thanks sayang sebab tolong pegang 'si kecik comel' nie. Nak tangkap gambar punya pasal. Hehe~

Big Apple

Ni flavor yg aku selalu ambik. Suka chocolate, yg ada buah & yg disalut kacang penuh tu.. nama dia 'California Almond'. Nama yg tu je yg aku ingat. hehe. 

J.CO

Ni beli kat Sunway Pyramid. Encik Kanda yg tolong belikan, since dia tahu aku suka sangat benda alah ni. Thank you , J :')

Chocolate Indulgence, Secret Recipe

Yg ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selalu ambik kek ni bila berkunjung ke Secret Recipe.


Aussie cheese cake

This is the most delicious cheese cake I've ever taste ! Imported, Australia mariii... cousin kirimkan. 

Prosperity Burger, McD

 Memang sumber kepuasan lah!
p/s: Apa-apa product McD semua aku bantai ! Mcm mana nak slim kan ? huk3~ 

Soya Vsoy Original

Suka sangat. Kalau Eza Eliza dapat Vsoy, boleh diibaratkan seperti baby mendapat susu. huhu~


Kesimpulan yg boleh dibuat, aku adalah pencinta kek dan roti. 
Ok lah, kalau nak list semua makanan yg aku suka, 1 entry memang tak cukup.
Sikit-sikit dah la kan. Senang je kan nk tawan hati Eza Eliza ? Makanan yg murah-murah je pun. Bukannya Chillis ke, TGI ke, Bubba Gump ke. Haha. To Encik Kanda, take note ya ? ;-)

3 Jangan Tangguh !

Rasulullah s.a.w. berpesan: Wahai Ali, ada tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
I may not be what you want, but I will try every moment to be what you need.