Aku mengenali dunia seni lakonan ini semasa aku berada di tingkatan 4 pada tahun 2006. Bakat aku dicungkil (berbakat ke? :p) oleh seorang guru, yang berkehendakkan aku menggantikan seorang pelajar yang telah berpindah sekolah. Sekali watak utama pulak tu ! Dan ini bukan sekadar persembahan, tetapi untuk mewakili sekolah kami dalam 'English Drama Competition State Level'. Watak sebagai seorang puteri jelita (jelita kah aku? haha), sombong, bongkak yang mana sifat-sifat buruk ni semua memakan dirinya sendiri. Aku cuba. Mula-mula gementar, takut orang akan compare aku dengan pelakon yg sebelum ni. Tapi alhamdulillah, krew-krew semua very supportive. Dan di sini lah bermulanya minat aku dalam bidang lakonan. Selepas itu aku dah mula berani join pertandingan/persembahan drama yang diadakan di sekolah tak kira lah dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
![]() |
Aku sebagai Princess (xingat nama) bersama dayang-dayang |
Selepas tamat persekolahan, aku menjejakkan kaki ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Nilai. Di sini, minat aku dalam bidang lakonan terus berkembang. Nak dijadikan cerita, satu hari aku ternampak poster di mana di situ dinyatakan bahawa GETAR (Grup Penggiat Sastera) akan mengadakan ujibakat pencarian pelakon untuk pementasan sempena 'Malam Getaran Merdeka 2008'. Peluang yang ada aku tak sia-sia kan. Aku pergi ke ujibakat tersebut. Dan di situ aku diuji untuk melakonkan watak seorang isteri yang melihat kematian suami di depan mata akibat dilanggar kereta. Mencabar dowh ! Nak kene menangis meraung. huhu~ Actually task ni dh part saringan dah.. untuk pilih watak utama (watak baik dan selalu kene sedih2). Mungkin disebabkan muka aku yg garang + ketat ni tak boleh lawan muka innocent my competitor (Najad), dan tak mampu nak menyaingi kesedihan yang Najad tunjukkan, maka aku terpaksa redha dengan watak sebagai second heroin (watak antagonist).
![]() |
Teater 'Tapi Bukan Aku'. Baju pink ang2 tu aku la. Cekak pinggang siap. |
Scene ni menunjukkan aku as Maya dengan suamiku, Iskandar tengah torture isteri pertama Iskandar, si Murni. Jadi bini no 2 oii ! Mintak simpang laaa... Perkahwinan Murni & Iskandar diatur oleh keluarga dan ini telah menyebabkan cinta Maya & Iskandar terhalang.
![]() |
Teater kedua yang aku join di Pusat Asasi UIA. |
Aku hanya dapat watak sampingan sahaja dalam teater 'University of Rock' ni. Aku hanya jadi pengacara pertandingan nasyid yang diadakan dalam cerita tersebut.
Sem 3 (sem terakhir aku di matrik), aku amik subjek 'Introduction to Drama' dan subjek ini memerlukan aku buat short drama. Lakonan dalam lebih kurang 20 minit je. Drama ni based on our textbook, tajuk dia 'The Sandbox'. Aku dipilih oleh rakan-rakan sekelas untuk menjadi watak utama, iaitu seorang wanita yang kejam, tak behati perut kerana sanggup membuang ibu kandung sendiri.
"Hai, watak antagonist lagi ?" (dalam hati aku). huhu~
Me as mummy |
Dua org pensyarah kami tengah menilai |
Habis kisah di Pusat Asasi UIAM, aku meneruskan langkah aku sebagai seorang pelajar ke Kampus Utama di Gombak. Di sini, aku terus bergiat aktif dalam dunia seni pementasan.
Antaranya:
![]() |
Teater pertama aku di Kampus Utama |
Bawang Merah & Bawang Putih |
Sekali lagi, dapat watak antagonist ! huhu~
Hikayat Kencana : Gabungan tiga lagenda; Bawang Merah Bawang Putih , Si Tenggang & Hikayat Mahsuri |
Redza Minhat (pelakon movie Pisau Cukur) bersama penggiat teater yg lain datang memberi nasihat dan kritikan membina. |
Ha, ni apesal sampai dengan saree pulak ?! haha~ Ni aku dapat watak seorang wanita India yang dipaksa menjadi penderma organ. Selain itu, apa yg menarik lagi dengan watak ni ialah aku turut menjadi watak penggoda di mana ada secene aku bermesra dengan kekasihku, iaitu adik ipar aku sendiri. Teruk giler kan? haha~ Pementasan ini juga wajib bagi menyumbang carry mark untuk subjek 'Literary Genre II: Drama & Short Story'. Yg bestnya, aku dapat peluang belajar camne nak ikat saree. Ingat senang ? Aku belajar sendiri dengan orang India kt kedai aku beli saree ni. hehe~
Krew Harvest. P/s: Tengok sape mendiang bapak kitorang. haha~ |
![]() |
Persembahan sempena CONVEST 2010 (Majlis Konvokesyen UIA). English sketch entitled Come Whatever. |
![]() |
Jadi bidan terjun untuk musical theater American Literature group Kak Dyra. Yg berjanggut tu suami aku. |
So far, ini lah penglibatan aku sepanjang tahun 2006-2011. 1 sem dah aku berehat dari pementasan teater. Sem lepas aku tolak tawaran untuk berlakon sebab niat nak berehat buat seketika. Aku hanya terlibat di belakang tabir. Sekarang dah terasa kerinduan nak beraksi semula di atas pentas.
Insya Allah, dengan sedikit kelebihan / bakat yg aku ada ni, aku akan cuba gunakan ke jalan yang betul.
Aku sentiasa cuba mengingatkan diri sendiri, minat dan penglibatan aku dalam bidang ini perlu selari dengan syariah dan tidak terbabas dari landasan yg telah ditetapkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment