Dalam satu majlis pertunangan, apabila cincin sudah disarungkan di jari manis si gadis, maka si gadis yang telah sah menjadi tunangan kepada kekasih hatinya itu pun pergi bersalam-salaman dengan sanak saudara dan juga dengan kaum kerabat pihak sebelah lelaki.
Dah salam-salam dengan semua orang, tiba-tiba seorang pakcik (tak tahu apa kaitannya dengan pihak sebelah perempuan), menyuruh si gadis itu salam dengan bakal ayah mertuanya, yakni AYAH TUNANGNYA.
Pakcik : Eh, ni.. tak salam dengan bakal ayah mertua. Ha, kena salam ni. Bakal ayah mertua.
Pihak lelaki macam tercengang tapi tak kata apa-apa lah. Si gadis tu menurut sahaja kata-kata pakcik tu lalu pergi lah salam dan cium tangan bakal ayah mertuanya.
Situasi 2
Seorang gadis pergi melawat keluarga boyfriend dia, ini kali pertama jumpa dengan ayah boyfriend nya tu. Si gadis tunduk hormat dan tersenyum sambil menyapa, "Assalamualaikum, uncle".
Lepas si ayah dah keluar, si maid datang jumpa si gadis tersebut.
Maid : Kenapa kamu tak salam dengan ayahnya tadi ?
Gadis : Err.. (tak terkata apa-apa. Terfikir sejenak, mungkin culture di rumah itu, kena salam jugak. Ataupun harus pada pandangan si maid sahaja).
Kali kedua berjumpa dengan si ayah boyfriend nya itu, bakal ayah mertua sendiri yang hulur tangan. Si gadis itu serba-salah namun dirasakan harus baginya untuk menyambut dan mencium tangan tersebut bagi menunjukkan rasa hormat. Kali ini, faham lah dia bahawa memang culture di rumah itu kena cium tangan juga walaupun baru BAKAL!
Situasi 3
Si adik membawa boyfriend nya berjumpa dengan abangnya untuk mendapat approval jadi suaminya (sebab ayah dah meninggal. Ni abang yang paling tua la kena jadi wali).
Yang boyfriend ni salam cium tangan lagi dengan bakal abang iparnya. Bagus tu. Sampai ke isteri si abang (kakak ipar adik), si boyfriend adik ni buat benda yang sama juga macam yang dia buat kat si abang.
Family abang yang tak biasa dengan 'adat' macam tu, terkejut lah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ape cer nih ? Sape yang boleh kita sentuh, sape yang kita tak boleh (haram) sentuh, kan Islam dah bagitahu kita. Biarpun nak tunjuk hormat, dan nampak sopan, tapi kalau membatasi syariat, jadi 'tak sopan' juga di mata Allah. Ke camne ?
Peace ! (^_^)