Berlakon sudah. F
ashion show sudah. Kini nak cuba menari pula. Walau langkah dan gerak tari tak selembut dan segemalai penari professional, tapi boleh la untuk setakat pertandingan antara Mahallah. haha~ Untuk Mahallah Ameenah, kami membuat keputusan untuk buat tarian joget, memandangkan pertandingan ini merupakan pertandingan menari tarian tradisional. Kami memilih lagu "Joget Kasih Tak Sudah" oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk mengiringi tarian kami. Terima kasih kepada Kak Nabila,
choreographer kami yang didatangkan khas dari Istana Budaya, tanpa dia; apa lah tarian kami. :) Walaupun tempoh berlatih cuma seminggu sahaja, tapi alhamdulillah, berkat usaha gigih semua orang kami berjaya membawa nama Mahallah Ameenah sebagai naib johan. Tak sangka sebenarnya sebab persembahan dari mahallah-mahallah lain semuanya hebat-hebat belaka, banyak aksi, dan lebih meriah
especially yg buat tarian Bollywood. Tapi rezeki menyebelahi kami, mungkin kerana kriteria yang dicari oleh juri ada pada tarian kami. Alhamdulillah. Overall, it was a wonderful experience for me. Dah lama tak
perform (menari),
last sekali pun masa sekolah rendah dulu, masuk boria peringkat negeri. Oh ya, pertandingan ni antara
sisters je. So, tak ada
audience mahupun
judges daripada pihak
brothers .
That's why I love UIA ! Perempuan pun bebas berkarya dan buat aktiviti seni tapi masih menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariah :)
 |
Sampin aku nak terlondeh |
 |
Menunggu giliran |
 |
Me and Auni, my bestfirend |
 |
Baca doa dulu sebelum perform |
 |
Practice kat MPH Mahallah Ameenah |
Tak rasa muka aku nampak lain ke dek solekan tu? Solekan tu hasil tangan Mai,
my ex-roomate. Dulu-dulu masa aku memula bercinta dgn Encik Kesayangan, Mai ni la yang semangat
make-up kan aku. Almaklumlah, baru nak ber
dating time tu, so agak melaram la sikit kan. haha~ Sekarang dah tak kesah dah macam mana pun. Muka bangun tidur pun layan je. haha~
 |
Sesi make-up oleh Mai |
 |
Ini hasilnya |
 |
Ni pun hasil solekan Mai |
Kepada sesiapa yang berminat nak minta Mai solekkan, anda boleh cari dia di Facebook,
Sarah Emily Vdw
(sempat lagi promote tu) hihi~
 |
Naib Johan. Oh, belakang tu bukan phones aku. |
P/S: Terima kasih diucapkan kepada Encik Kesayangan sebab sponsor baju melayu merah dan sampin kamu. :)
No comments:
Post a Comment