Hari ni aku rasa aku jadi suri rumah tangga yang berjaya. (Elehhh, baru buat kerja sikit dah kecoh :P) Penat weh ! Daripada bangun tidur (yang takdela awal mana sebab semalam pulun update blog usang ni. haha~) aku kemas rumah, sapu & mop lantai, basuh, sidai & lipat baju, cuci 2 bilik air kat bawah (kat dapur dan ruang tamu). Tu baru yang kat bawah. Esok nak sambung menyental 2 lagi bilik air yang kat atas pulak. (Bilik aku dan bilik mama) dengan kemas peti sejuk. Yelah, Ahad ni dah nak balik UIA, kesian pulak kalau biar mama buat sorang-sorang semua kerja ni. Kalau aku buat pun dah letih, mama lagi letih. Kerja, balik pun lewat. Aku muda lagi, masa cuti yang singkat ni la cuba utk berbakti pada mama abah, (walaupun takdelah apa sangat).
Neway, harini aku cuba 1 resepi baru !
Ayam Masak Asam Pedas. Sebelum masak tadi, aku buka buku "365 Resepi" tu, nak cari resepi apa untuk masak ayam dan daging untuk menu harini. Sekali jumpa resepi asam pedas ni. Ingatkan ikan je yang boleh buat asam pedas. Ayam pun boleh. Tapi ayam sedap buat pekat-pekat kuahnya. (Aku suka bersalut-salut camtu). Aku ingat nak buat
surprise kat mama, balik-balik kerja tengok anak dara dia dah hidang makanan atas meja. hee~ Tapi tak dapek nak direalisasikan dek kerana tak cukup bahan. Kat rumah tak ada buah keras, tomato, dengan daun kesum.
So, aku
pun
call la mama suruh beli bahan-bahan yang tak ada tu. Ini lah padahnya tangguh - tangguh sangat ambil lesen dulu. Semua
depend kat orang. Kalau tak, dah boleh pergi beli sendiri.
Okay, meh aku nak
share resepi ayam masak asam pedas ni.
Bahan kisar:
- 10 biji bawang merah
- 10 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 biji buah keras
Bahan lain:
- Ayam (potong kecik-kecik)
- Daun kesum
- Tomato
- 3 batang serai (diketuk)
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai sampai minyak naik.
2. Masukkan ayam. Masukkan air, banyak mana tu ikut lah, kalau korang suka pekat-pekat, bubuh sikit
sudah. Kalau nak buat berkuah, bubuh la banyak sikit air tu.
3. Bila nampak minyak dah naik, masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan daun kesum, tomato.
5. Tutup kejap kuali, sampai semua dah sekata dan rasa & bau daun kesum tu dah naik. Then, siap lah!
 |
Aku tak pandai nak susun & tangkap gambar lawa-lawa. Don't judge the book by it's cover. Sedap weh. (haha takley bla puji masakan sendiri) |
p/s: Mama aku sibuk je duk mengusik aku tadi, "Haaa, masak sendiri lah. Nanti mak mentua along nak mai, mama tak masak, along je yang masak". Aku sengeh dalam kecuakan. huhu~
No comments:
Post a Comment