23 Jun 2012

Adat vs Syariat

Situasi 1


Dalam satu majlis pertunangan, apabila cincin sudah disarungkan di jari manis si gadis, maka si gadis yang telah sah menjadi tunangan kepada kekasih hatinya itu pun pergi bersalam-salaman dengan sanak saudara dan juga dengan kaum kerabat pihak sebelah lelaki.

Dah salam-salam dengan semua orang, tiba-tiba seorang pakcik (tak tahu apa kaitannya dengan pihak sebelah perempuan), menyuruh si gadis itu salam dengan bakal ayah mertuanya, yakni AYAH TUNANGNYA.

Pakcik : Eh, ni.. tak salam dengan bakal ayah mertua. Ha, kena salam ni. Bakal ayah mertua.

Pihak lelaki macam tercengang tapi tak kata apa-apa lah. Si gadis tu menurut sahaja kata-kata pakcik tu lalu pergi lah salam dan cium tangan bakal ayah mertuanya.


Situasi 2


Seorang gadis pergi melawat keluarga boyfriend dia, ini kali pertama jumpa dengan ayah boyfriend nya tu. Si gadis tunduk hormat dan tersenyum sambil menyapa, "Assalamualaikum, uncle".

Lepas si ayah dah keluar, si maid datang jumpa si gadis tersebut.

Maid  : Kenapa kamu tak salam dengan ayahnya tadi ?
Gadis : Err.. (tak terkata apa-apa. Terfikir sejenak, mungkin culture di rumah itu, kena salam jugak. Ataupun harus pada pandangan si maid sahaja).

Kali kedua berjumpa dengan si ayah boyfriend nya itu, bakal ayah mertua sendiri yang hulur tangan. Si gadis itu serba-salah namun dirasakan harus baginya untuk menyambut dan mencium tangan tersebut bagi menunjukkan rasa hormat. Kali ini, faham lah dia bahawa memang culture di rumah itu kena cium tangan juga walaupun baru BAKAL!

Situasi 3


Si adik membawa boyfriend nya berjumpa dengan abangnya untuk mendapat approval jadi suaminya (sebab ayah dah meninggal. Ni abang yang paling tua la kena jadi wali).

Yang boyfriend ni salam cium tangan lagi dengan bakal abang iparnya. Bagus tu. Sampai ke isteri si abang (kakak ipar adik), si boyfriend adik ni buat benda yang sama juga macam yang dia buat kat si abang.
Family abang yang tak biasa dengan 'adat' macam tu, terkejut lah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ape cer nih ? Sape yang boleh kita sentuh, sape yang kita tak boleh (haram) sentuh, kan Islam dah bagitahu kita.  Biarpun nak tunjuk hormat, dan nampak sopan, tapi kalau membatasi syariat, jadi 'tak sopan' juga di mata Allah. Ke camne ?

Things to ponder. #notetomyself.

Cerita-cerita di atas adalah berdasarkan dari pengalaman, namun diubah sedikit dan tak ditujukan kepada siapa-siapa. Juga tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Maaf ya kepada sesiapa yang terasa. Yang baik itu datang dariNya, yang tak berapa nak baik tu datang dari saya.

 Peace ! (^_^)



22 Jun 2012

20 Fakta tentang Eza Eliza

1.  Peminat segala jenis kek dan pastry !

2.  Sensitif, cepat marah/terasa tapi cepat memaafkan

3.  Suka warna purple dan pink


4.  Suka budak-budak !!!

5.  Susah nak senyum, jalan tak tengok orang (sebab tu orang cakap sombong la, muka ketat la).

6.  Boleh menyanyi dalam Bahasa Korea, Hindi, Spanish, Arabic, Japanese, Tamil, selain daripada Bahasa
     Melayu dan Bahasa Inggeris :)

7.  Minat dengan bahasa dan budaya Korea. (Pernah ambil kelas Bahasa Korea).

8.  Susah nak tidur malam :(

9.  Suka menyanyi (tapi suara tak sedap pun)

10.Tak suka berkebun. Geli dengan ulat, katak, dan sebagainya. Kalau nak beli rumah nanti, tak payah ada
     laman besar-besar takpe. Malas nak jaga. Kalau husband nak, hahh upah orang buat landscape dan
     upah maid untuk jaga, okay? Kalau macam tu, tak apa lah. Mampu??

11.Prefer white gold, silver, platinum dan seangkatan yg berwarna putih daripada gold.

12.Suka main game fashion-fashion, masak-masak (girly gila kan?) hahaha~

13.Heels or Flat ? Heels of course !! Tapi kene slowly give up sebab selalu sakit bahu. Doktor kata
     mungkin sebab selalu pakai high heels  :(

14.Banglo ke kondo ? Mestila kondo ! :D

15.Suka bergambar. Siapa-siapa nak photoshoot perlukan model, hahh mai panggil je saya okay ? :D

Wehhh, aku rasa tak sampai 20 kot. Penat la nak fikir. Sekarang dah 2.18 am dah. Panas, nak mandi lagi sekali. Aircond dalam bilik computer ni rosak. Tulah dia, effects of global warming :(


21 Jun 2012

Alhamdulillah !

Hari ini double happy ! Why ?

1. Happy dengan result aku dan result Encik Kesayangan.


2. Akhirnya, ini ------>    bakal jadi kenyataan.

Tiada kata-kata lain yang lebih sesuai utk menyatakan rasa gembira dan syukur ini. Alhamdulillah.
Thank you, Allah ! :')


p/s : Encik Kesayangan, kita tak sempat nak end properly phone conversation tadi since your phone kehabisan bateri. I just want to say, you're not my everything, you're BEYOND my everything
Congratulation, sayang.


20 Jun 2012

Dhia Qistina Nabila



Puteri cilik yang comel ni cousin aku. Anak ketiga kepada pasangan Mohd Zawawi  (ayah saudara aku) dan Norhasliza. Lahir pada 1 September 2011 bersamaan dengan 5 Syawal 1431H. 5 Syawal tu sama dengan birthday aku ikut kalendar Islam. So, boleh jadi geng la nih. :D

Dhia, 2 bulan

Dhia dengan Kak Ngah Eisya

Ha, kenapa nak nangis tu sayang?

Pinky Princess 

Sampai terjuih-juih mulut si kak ngah nak cium adik sambil posing. Hehe~



Geram
Dhia, 4 bulan

Dhia suka tertidur kalau orang dukung dia dengan beg baby tu.

So cute!

Tula mama dia. Cantik kan? Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi :)

Dhia rimas aku letak veil atas kepala dia. haha~

Dhia & Kak Long

Dhia, 5 bulan
                           

7 bulan, malam-malam nak tidur pun pakai hairband ke syg

Yang ni memang super comel !
The latest picture yg aku ada. This was last month, Dhia berusia 8 bulan. Kalau nak shopping senang je bawak Dhia. Dia akan tidur dalam stroller, ralik je bila orang bawak jalan-jalan :)



Bila Eza Masuk Dapur.

Hari ni aku rasa aku jadi suri rumah tangga yang berjaya. (Elehhh, baru buat kerja sikit dah kecoh :P) Penat weh ! Daripada bangun tidur (yang takdela awal mana sebab semalam pulun update blog usang ni. haha~) aku kemas rumah, sapu & mop lantai, basuh, sidai & lipat baju, cuci  2 bilik air kat bawah (kat dapur dan ruang tamu). Tu baru yang kat bawah. Esok nak sambung menyental 2 lagi bilik air yang kat atas pulak. (Bilik aku dan bilik mama) dengan kemas peti sejuk. Yelah, Ahad ni dah nak balik UIA, kesian pulak kalau biar mama buat sorang-sorang semua kerja ni. Kalau aku buat pun dah letih, mama lagi letih. Kerja, balik pun lewat. Aku muda lagi, masa cuti yang singkat ni la cuba utk berbakti pada mama abah, (walaupun takdelah apa sangat). Neway, harini aku cuba 1 resepi baru ! Ayam Masak Asam Pedas. Sebelum masak tadi, aku buka buku "365 Resepi" tu, nak cari resepi apa untuk masak ayam dan daging untuk menu harini. Sekali jumpa resepi asam pedas ni. Ingatkan ikan je yang boleh buat asam pedas. Ayam pun boleh. Tapi ayam sedap buat pekat-pekat kuahnya. (Aku suka bersalut-salut camtu). Aku ingat nak buat surprise kat mama, balik-balik kerja tengok anak dara dia dah hidang makanan atas meja. hee~ Tapi tak dapek nak direalisasikan dek kerana tak cukup bahan. Kat rumah tak ada buah keras, tomato, dengan daun kesum. So,  aku pun call la mama suruh beli bahan-bahan yang tak ada tu. Ini lah padahnya tangguh - tangguh sangat ambil lesen dulu. Semua depend kat orang. Kalau tak, dah boleh pergi beli sendiri. Okay, meh aku nak share resepi ayam masak asam pedas ni.

Bahan kisar:
- 10 biji bawang merah
- 10 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 biji buah keras

Bahan lain:
- Ayam (potong kecik-kecik) 
- Daun kesum
- Tomato
- 3 batang serai (diketuk)
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula

Cara-cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai sampai minyak naik.
2. Masukkan ayam. Masukkan air, banyak mana tu ikut lah, kalau korang suka pekat-pekat, bubuh sikit 
    sudah. Kalau nak buat berkuah, bubuh la banyak sikit air tu.
3. Bila nampak minyak dah naik, masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan daun kesum, tomato.
5. Tutup kejap kuali, sampai semua dah sekata dan rasa & bau daun kesum tu dah naik. Then, siap lah! 

Aku tak pandai nak susun & tangkap gambar lawa-lawa. Don't judge  the book by it's cover. Sedap weh. (haha takley bla puji masakan sendiri)



p/s: Mama aku sibuk je duk mengusik aku tadi, "Haaa, masak sendiri lah. Nanti mak mentua along nak mai, mama tak masak, along je yang masak". Aku sengeh dalam kecuakan. huhu~

19 Jun 2012

Cuti Semester 2 2011/2012


You may be out of my sight, but never out of my mind.
Just want to let you know, you are in my thoughts... all the time !
I miss you, sayang.

Congrats Nadzra!

15 May 2012

Majlis Konvokesyen adik Encik Kesayangan, merangkap my-future-sis-in-law (Insya Allah). Dia grad dengan first class degree. Kagum gilaaa kot. Macam mana dia belajar pun tak tahu. Tengok dia ambil ijazah ni, sedikit sebanyak jadi penaik semangat untuk berjaya habiskan degree dengan cemerlang. Moga Allah permudahkan jalanku. Amin.

Congrats again, Nadzra ! I'm so proud of you ! :)

Okay, aku memang tak cukup inci (bukan pendek ye)

With Encik Kesayangan's Mom and Nadzra



Beautiful, smart, employed but opss taken already! Sorry! :P

Lepak dengan dua jejaka ni (my future-bro-in-law & Encik Kesayangan) sementara tunggu adek (Nadzra) keluar. 

Sebelum pergi UiTM, sempat la jumpa dan main dengan Kak Durra's (Kakak Encik Kesayangan) little man ni. Comel nyaaaaa !! Dan dia makin lincah ! Agak lelah jugak la mengikut dia ke sana ke mari. haha~

Tengok la, mana nak duk diam. hehe~

Tengok Ami Jaie tu sayangg !

Sekali tengok camera, mcm nak masuk dalam fone terus. haha~

P/s: Cuak jugak la 1st time lepak lama kat rumah dengan kehadiran ayah Encik Kesayangan. Selalu-selalu datang, beliau tak ada kat rumah pun. hehe~ Tapi apa-apa pun, best sangat dan jadi salah satu kenangan yang tak dapat dilupakan :)

Tengok ni !

Adoii, macam terkena batang hidung sendiri jugak ni especially no dua tu. huhu~

Eza is Turning 21!



20 April 2012, genap 21 usiaku.
Dah layak mengundi tu.
Tak banyak yang aku nak cakap melainkan memanjatkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t yang masih memberi peluang untukku bernafas sehingga hari ini. Semoga amalan juga bertambah seiring dengan pertambahan usia. Amin.

Ni few pictures captured on the day (12 April 2012) Auni & Tyah buat majlis makan-makan sempena birthday aku, Iera & Syira. Terima kasih Aun , Tyah ! I love you sooo much ! Mmmuahhh mmuahhh !! Terima kasih juga kepada Mir dan semua yang bersusah payah menjayakan majlis ni. Terharu sangat :')

Birthday girls



Me & Tyah

Za, Ya, Aun 

Me & Mir
20 April 2012 pula, sambut dengan Encik Kesayangan sahaja :)


The Anniversary Trip

A trip to PD-Malacca in March 2012


P/s: Malacca is a very nice place to represent Malaysia. Jom Cuti-cuti Malaysia !

Cultural Night, Inter-Mahallat Competition

Berlakon sudah. Fashion show sudah. Kini nak cuba menari pula. Walau langkah dan gerak tari tak selembut dan segemalai penari professional, tapi boleh la untuk setakat pertandingan antara Mahallah. haha~ Untuk Mahallah Ameenah, kami membuat keputusan untuk buat tarian joget, memandangkan pertandingan ini merupakan pertandingan menari tarian tradisional. Kami memilih lagu "Joget Kasih Tak Sudah" oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk mengiringi tarian kami. Terima kasih kepada Kak Nabila, choreographer kami yang didatangkan khas dari Istana Budaya, tanpa dia; apa lah tarian kami. :) Walaupun tempoh berlatih cuma  seminggu sahaja, tapi alhamdulillah, berkat usaha gigih semua orang kami berjaya membawa nama Mahallah Ameenah sebagai naib johan. Tak sangka sebenarnya sebab persembahan dari mahallah-mahallah lain semuanya hebat-hebat belaka, banyak aksi, dan lebih meriah especially yg buat tarian Bollywood. Tapi rezeki menyebelahi kami, mungkin kerana kriteria yang dicari oleh juri ada pada tarian kami. Alhamdulillah. Overall, it was a wonderful experience for me. Dah lama tak perform (menari), last sekali pun masa sekolah rendah dulu, masuk boria peringkat negeri. Oh ya, pertandingan ni antara sisters je. So, tak ada audience mahupun judges daripada pihak brothers . That's why I love UIA ! Perempuan pun bebas berkarya dan buat aktiviti seni tapi masih menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariah :)


 

Sampin aku nak terlondeh
                       Menunggu giliran
Me and Auni, my bestfirend
Baca doa dulu sebelum perform
Practice kat MPH Mahallah Ameenah
Tak rasa muka aku nampak lain ke dek solekan tu? Solekan tu hasil tangan Mai, my ex-roomate. Dulu-dulu masa aku memula bercinta dgn Encik Kesayangan, Mai ni la yang semangat make-up kan aku. Almaklumlah, baru nak berdating time tu, so agak melaram la sikit kan. haha~ Sekarang dah tak kesah dah macam mana pun. Muka bangun tidur pun layan je. haha~

Sesi make-up oleh Mai

Ini hasilnya

Ni pun hasil solekan Mai


Kepada sesiapa yang berminat nak minta Mai solekkan, anda boleh cari dia di Facebook, Sarah Emily Vdw
(sempat lagi promote tu) hihi~ 



Naib Johan. Oh, belakang tu bukan phones aku.

P/S: Terima kasih diucapkan kepada Encik Kesayangan sebab sponsor baju melayu merah dan sampin kamu. :)



Hey, I'm Back !

Lamanya aku tak update apa2 kan? Almost setengah tahun dah. So, this is the first entry for 2012. Bila usha-usha blog orang, rasa teringin nak menulis balik. Tapi tak tahu nak tulis apa. So maybe aku post gambar je dulu kot untuk cover balik setengah tahun yg aku tak menulis ni. hee~ Jomm !!